![]() |
|
Teluk Nipah menawarkan pelbagai kemudahan eko-pelancongan kepada para pencinta alam dan mereka yang gemar mencabar kedamaian. |
|
ADA SESUATU UNTUK SETIAP INDIVIDU |
|
RAUDHAH CAMP menyediakan kemudahan bersepadu bagi tujuan seminar, mesyuarat, kursus, latihan kecergasan, aktiviti outdoor, summer camp, perkhemahan, jambori, program hari keluarga, acara tahunan persatuan/ syarikat/jabatan dan sebagainya. Di atas tanah kebun seluas 8 ekar, ia terletak di pinggir Hutan Simpan Teluk Nipah yang menyediakan halangan-halangan semulajadi dan kawasan lapang sesuai bagi latihan rohani dan jasmani. Hampir dengan air terjun dan akses ke jungle trek yang merentasi Pulau Pangkor dari Titi Gantung ke Bukit Pangkor, pastinya sesuatu yang diidamkan para pencinta alam. Hanya beberapa minit berjalan kaki ke pantai Teluk Nipah di mana pelbagai aktiviti sukan pantai dan sukan laut dapat dijalankan. Raudhah Camp sedang bekerjasama dengan OUTWARD BOUND SCHOOL Lumut (OBS) dengan membenarkan akses kepada pelatih-pelatih mereka bagi menjalankan aktiviti outdoor. Antara ciri-ciri dan kemudahan yang disediakan di Raudhah Camp: |
|
![]() |
|
|
|
|
|
Hakcipta © 2003-2007 Raudhah Camp. Hakcipta terpelihara.. |